PUSPANITA KeTTHA - LAMAN UTAMA Joomla! - the dynamic portal engine and content management system http://portalintranet.kettha.gov.my/puspanita/index.php?option=com_content&view=frontpage Wed, 29 Feb 2012 04:48:56 +0000 Joomla! 1.5 - Open Source Content Management en-gb SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR http://portalintranet.kettha.gov.my/puspanita/index.php?option=com_content&view=article&id=45:joomla-community-portal&catid=1:latest-news http://portalintranet.kettha.gov.my/puspanita/index.php?option=com_content&view=article&id=45:joomla-community-portal&catid=1:latest-news PENGENALAN PUSPANITA

PUSPANITA, merupakan singkatan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ahli PUSPANITA terdiri daripada isteri-isteri anggota Perkhidmatan Awam dan anggota wanita Perkhidmatan Awam dari pelbagai kategori.

Tujuan utama penubuhan PUSPANITA, adalah untuk menjadi agen perubahan, di dalam menyokong dasar-dasar kerajaan, yang membabitkan golongan wanita di negara ini. Kerajaan berusaha untuk membawa kemajuan pembangunan yang bermanfaat dan keberkesanannya dapat dinikmati oleh kaum wanita di Sektor Awam khasnya dan rakyat amnya.

Dalam Era informasi dan teknologi maklumat (ICT) dan dunia tanpa sempadan kini, PUSPANITA harus seiring dengan kemajuan dan menggunakan saluran internet sebagai media untuk mmbolehkan ahli mencapai maklumat dalam masa yang singkat. Ahli-ahli pula akan berupaya lagi memperluaskan rangkaian perhubungan antara ahli dengan persatuan sendiri atau dengan persatuan yang lain di dalam dan di luar negeri.

Laman web PUSPANITA ini menyediakan gerbang untuk mencapai ilmu yang tiada batasannya. Kemudahan dan aplikasi yang dibangunkan di laman web ini membuka luas peluang-peluang untuk ahli-ahlinya bertindak untuk mepertingkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


]]>
adawiyah@kettha.gov.my (Administrator) frontpage Sat, 07 Jul 2007 09:54:06 +0000