SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
PENGENALAN PUSPANITA
PUSPANITA, merupakan singkatan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ahli PUSPANITA terdiri daripada isteri-isteri anggota Perkhidmatan Awam dan anggota wanita Perkhidmatan Awam dari pelbagai kategori.
Tujuan utama penubuhan PUSPANITA, adalah untuk menjadi agen perubahan, di dalam menyokong dasar-dasar kerajaan, yang membabitkan golongan wanita di negara ini. Kerajaan berusaha untuk membawa kemajuan pembangunan yang bermanfaat dan keberkesanannya dapat dinikmati oleh kaum wanita di Sektor Awam khasnya dan rakyat amnya.
Dalam Era informasi dan teknologi maklumat (ICT) dan dunia tanpa sempadan kini, PUSPANITA harus seiring dengan kemajuan dan menggunakan saluran internet sebagai media untuk mmbolehkan ahli mencapai maklumat dalam masa yang singkat. Ahli-ahli pula akan berupaya lagi memperluaskan rangkaian perhubungan antara ahli dengan persatuan sendiri atau dengan persatuan yang lain di dalam dan di luar negeri.
Laman web PUSPANITA ini menyediakan gerbang untuk mencapai ilmu yang tiada batasannya. Kemudahan dan aplikasi yang dibangunkan di laman web ini membuka luas peluang-peluang untuk ahli-ahlinya bertindak untuk mepertingkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
INFO TERKINI
Bengkel Korporat Pesona Humaira anjuran Biro Kepenggunaan dan Perundangan PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ)akan diadakan pada 9 Mei 2011(khamis), jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya.
| Biskut Raya 1 04/08/2010 Mari mari mari buat tempahan kuih raya.. Biskut raya istimewa+menarik dalam bentuk Kotak Hamper.. Kek berperisa oren+Biskut cookies.. Seswai diberi kepada sanak saudara sebagai buah tangan di h [ ... ] |
| Multi Purpose Hanger 28 Rings 27/07/2010
JIKA BERMINAT SILA EMEL PADA SAYA.
NOOR’AZZILLA AIM BT MD NOR
8883 6215
|
| Lain-lain Artikel.. |




















































































